"Semua orang akan mati, mengapa takut dengan kematian. Jika saya diberikan pilihan samada untuk mati dibedil oleh helikopter Apache ataupun akibat serangan jantung, saya memilih Apache"- As-Syahid Dr. Abdul Aziz al-Rantisi

Monday, January 30, 2012

dewan rakyat IDAMAN


Parlimen Mesir buat pertama kalinya selepas Pilihanraya bersidang seminggu yang lepas dengan hampir 85% kerusinya 'ditakluk' oleh parti Islamis yang diterajui oleh FJP (Ikhwanul Muslimin) dan Salafi.


Perjuangan 6 dekad Ikhwanul Muslimin nampaknya terbalas setelah berhempas pulas berdepan mehnah dan tribulasi yang pelbagai malah lagi rencam. Ditindas, dizalimi, dipenjara, dilokap, diracun, dibunuh dan sebagainya telah dirasai oleh para pimpinannya dan mereka yang memilih jalan dakwah baginda Nabi SAW bagi meletakkan Islam pada tempat yang selayaknya sejak ia mula dipelopori As-Syahid Imam Hassan al-Banna ekoran timbulnya semangat zaman (baca: mujaddid) setelah hampir sekian lama runtuh pemerintahan Khilafah (yang terakhir Uthmaniyyah) lewat tahun 1924.



Betullah kata pepatah Melayu; "Manakan dapat sagu kalau tidak dipecahkan ruyung", "Berakit-rakit ke hulu, berenang-renang ke tepian, Bersakit-sakit dahulu, bersenang-senang kemudian". Mungkin senangnya bukan mudah. Bukan sepuitis pepatah yang saya maksudkan. Ia merupakan paradigma baru dunia Islam memimpin revolusi yang lebih dinamik dan komprehensif. Suka saya untuk berkongsi fakta di bawah



Bahawasanya pada saat dan ketika ini di Parlimen Mesir mempunyai:
• Lebih daripada 140 anggota parlimen yang hafal al-Quran (Huffaz).
• lebih daripada 180 anggota parlimen lainnya hafal lebih daripada setengah al-Quran.
• lebih dari 100 anggota Parlimen yang hafal +/- 10,000 hadis.
• lebih dari 170 anggota Parlimen bergelar Ph.D di pelbagai bidang.
• lebih dari 50 anggota Parlimen tidak memiliki kenderaan.
• lebih dari 350 anggota Parlimen pernah ditahan bagi tempoh 6 bulan hingga 10 tahun.

Fenomena yang mengagumkan!. Moga terus thabat dalam perjuangan wahai para mujaddid tamadun Minyak sekalian. Moga kerajaan kalian sebuah kerajaan di bawah bayangan Al-Quran dan senantiasa di bawah lindungan rahmat Allah.


penapemuda: speechless

Thursday, January 26, 2012

tapak yang LUHUR

Bertapak atas batas yang luhur
bersumpah lidah sufi tersohor,
disedarkannya lara bangsa
waja dirangsang tepis membantah.

Awal lagi semangat bernyala
dihembus bara merdeka bangsa.
Pagi ke malam berjuang tegap|
di tengah rakyat gigih bersikap.

Bersilat atas bumi yang subur
bisik bersikap qalbu sejujur—
menyala unggun zaman yang garang
membakar tekad cekal berjuang.

Bersama bangsa bangkitlah ia
tegas perkukuh asas merdeka.


penapemuda: sekadar mengulang puisi Pak Samad buat Dr Burhanuddin Al-Helmy.

Tuesday, January 24, 2012

playboy ISLAMIK



Rasa cinta, suka, tertarik dan sebagainya adalah fitrah manusia. Sampai masa, sampai ketika, semua perasaan tersebut akan mendatangi kita. Ini normal. Allah Ta’ala menyebut dalam Surah Ali Imran ayat 14 :

Maksudnya : Dijadikan indah pada ( pandangan ) manusia , kecintaan kepada apa yang diingin, iaitu wanita-wanita, anak-anak, harta yang banyak dari jenis emas, perak, kuda pilihan, binatang-binatang ternakan dan sawah ladang. Itulah kesenangan hidup di dunia, dan sisi Allah tempat kembali yang baik. ( Ali Imran : 14 )

Cuma, perasaan tersebut perlulah diurus sebaiknya. Bila kita gagal mengurus perasaan tersebut dengan baik, dan hanya asyik tenggelam dalam perasaan tersebut sahaja, maka timbullah pelbagai masalah kepada diri kita sendiri.Antara contoh permasalahan yang timbul adalah istilah ‘playboy islamik’ yang agak popular di kalangan pelajar agama. Guna ayat-ayat manis, tazkirah dan sebagainya untuk tackle hati perempuan. Kemudian bila sudah dapat, ditinggalkan dan dicari pula yang lain.Kalau kita tengok, istilah ‘playboy’ dalam takrifan barat lebih dahsyat.

Bahkan ada majalah dengan nama tersebut yang isinya cukup lucah. Istilah tersebut nyata suatu istilah yang tidak baik, dan bila kita kembarkan dengan nama ‘islam’ ia dilihat cukup tidak cantik.Apapun, cuba kita perhatikan kembali pokok permasalahan yang sebenar.Hanya ada dua faktor lahirnya gejala tersebut.

1. Lelaki

2. Perempuan

Nampak macam simple, tapi impaknya memang parah.


LELAKI

Para pemuda di aliran agama, adalah mereka yang diyakini akhlak mereka. Apatah lagi yang menghafal Al-Quran, hadith, belajar ilmu syariah dan sebagainya. Sukar untuk kita katakan aliran agama itu melahirkan ‘playboy’. Tetapi kita boleh katakan, ramai sekali syaitan yang berkumpul di sana untuk menyesatkan setiap satu jiwa pemuda di dalamnya. Dan antara suntikan syaitan yang paling berbisa adalah wanita. Sabda Nabi s.a.w :Maksudnya :

Aku tidak meninggalkan sepeninggalanku fitnah yang lebih bahaya bagi lelaki melebihi fitnah wanita ( Bukhari dan Muslim )


Pemuda soleh yang tidak pernah kenal dengan wanita, jauh sekali mengerti apa itu cinta, apabila dipertemukan dalam gelanggang yang salah, maka porak perandalah dunia. Apabila mereka berhubung di luar garisan sewajarnya, maka ranaplah jiwa mereka dimamah godaan syaitan durjana.Memang fitrah manusia, lelaki suka bercakap dengan perempuan. Kalau mahu mengadu, minta pendapat, luah perasaan dan segalanya, lelaki lebih suka dengan perempuan. Maka, apabila keinginan jahat terbit dari jiwa lelaki, dan perempuan pula menyediakan ‘layanan’ tersebut, seronoklah mereka. Seronok bertolong-tolongan atas perkara salah lagi maksiat.

Dalam sesetengah keadaan, lelaki tersebut asalnya hanya mahukan ‘kawan’. Tetapi dia silap apabila dia berkawan dengan orang yang salah dan dengan cara yang salah, lebih-lebih lagilah jika dengan tujuan yang salah. Dia tidak langsung berfikir tentang cinta, jauh sekali pernikahan. Bayangkan jika usianya waktu itu baru 18 atau 19 tahun. Tetapi kerana kawannya itu perempuan, dan perempuan itu pula nampaknya ‘mudah diperkudakan’ olehnya, maka berkawanlah dia dengan perempuan tersebut meskipun telah jauh melangkaui batas ikhtilat yang sebenarnya.

Sampailah saat dan ketika si perempuan mahukan kesudahan dalam perhubungan mereka, menyentuh tentang cinta, tentang nikah dan sebagainya, si lelaki mula menjauh. Tidak hairan kerana itu semua bukanlah tujuannya di awal perhubungan. Dan akhirnya, mudah-mudah sahaja dia berlepas diri dan mencari ‘kawan perempuan’ yang lain pula.Tetapi tidak dinafikan juga wujud golongan lelaki yang niat dan tujuannya berkawan memang untuk mempermainkan perasaan perempuan semata-mata. Dan mungkin itulah gambaran utama istilah ‘playboy islamik’ tersebut. Perempuan yang jauh dari agama, perisa untuk mencairkan mereka adalah dengan kata-kata indah dan pujukan mengasyikkan. Perempuan yang teguh dengan agama pula, perisa untuk mencairkan mereka adalah dengan kata-kata tazkirah ‘plastik’, yang mana tujuannya tidak lain untuk melentokkan si perempuan.Sekali pandang, ia menyerupai kata-kata masyhur daripada Saidina Ali karramallahu wajhah :Kata-kata yang benar, tetapi dipergunakan untuk tujuan yang bathil.Lelaki jenis itu, begitulah modus operandinya.

Pada gadis ini digambarkan bahawa dirinya sangat soleh, tidak berkawan dengan perempuan, dan hanya perempuan itu satu-satunya gadis yang dia kenal. Walhal, dalam masa yang sama, kata-kata serupa diungkapkan kepada ramai lagi gadis yang lain.Hakikatnya, lelaki yang berada dalam kondisi demikian, adalah lelaki yang jauh hatinya dari hakikat keimanan.

Tak payah cakap pasal jadi suami, jadi lelaki pun tidak layak. Kerana lelaki itu digambarkan oleh Allah sebagai pelindung, pemimpin dan pembela kepada orang perempuan. Maka jika lelaki bertindak sebaliknya, mengambil kesempatan atas jiwa-jiwa yang lemah, gemar melihat perempuan menangis kerananya, dia sebenarnya masih jauh dari hakikat seorang lelaki, apatah lagi pemuda yang dikehendaki oleh agama.Jika tidak bertaubat, segala dosanya kepada setiap jiwa yang dipermainkannya, akan menjadi igauan ngeri buat dirinya sehingga mati.


PEREMPUAN


Kalau yang perempuan pula, sangatlah mudah jatuh hati dengan lelaki yang suara sedap, pakai kopiah, pandai bagi tazkirah, disegani ramai dan lain-lain. Kehebatan lelaki tersebut menjadi idolanya tanpa sedar. Hakikatnya, dia sukakan peribadi mulia pada lelaki tersebut. Apatah lagi di zaman kerosakan hari ini, mana nak jumpa lelaki yang baik.

Sangat susah.Maka apabila kebetulan lelaki tersebut berhubung dengannya, maka tidak keruanlah jadinya. Meskipun dia seorang yang anti couple, atau pejuang tegar masalah hati, namun berhubung dengan pemuda sehebat itu menjadikan dirinya serba tak kena. Bukan setakat mesej serius yang dilayan, bahkan mesej tidak serius juga diberi perhatian.

Tidak dinafikan dia serba salah dengan tindakannya, tetapi mungkin ‘keyakinan’ pada agama si lelaki menjadikan dia begitu bendul.Agama? Ya, ini persoalannya. Ramai perempuan yang tewas dengan ‘playboy islamik’ mengatakan di awalnya ; aku jatuh hati dengan agamanya.

Tidak mengapalah, jatuh hati dengan agama itu bagus.Tetapi yang tidak bagus, mulut mengatakan jatuh hati dengan agama tetapi jiwanya sendiri tidak kenal dengan agama. Ini terbukti apabila agama yang ditakrifkan hanya terhenti pada merdunya suara, indahnya tutur kata, segaknya susuk perkasa dan hebatnya dia di pandangan mata. Kemudian apabila mesej sikit-sikit lama-lama jadi banyak, call siang hari lama-lama tengah malam, berbual hal-hal penting lama-lama tentang hati dan perasaan, maka semua itu juga terus diikuti atas nama ‘agama’?

Ini masalahnya apabila tidak berkenalan terlebih dahulu dengan agama, sebelum kenal dengan si pemuda. Kena ingat, agama ajar, kalau jatuh cinta atau betul-betul suka, si lelaki sila approach her wali, dan si perempuan sila jangan melayan dan mengikutkan semua kehendak si lelaki. Itu baru betul cintakan agama.


PERANAN


Kalaulah kedua-dua lelaki dan perempuan memainkan peranan di atas dengan baik, insyaAllah banyak permasalahan akan selesai, termasuklah gelaran ‘playboy islamik’ itu sendiri. Istilah-istilah begitu timbulnya dek kerana tidak menjaga ikhtilat.

Tidak menjaga batas pergaulan. Bebas bercakap apa sahaja. Suka berkawan berlainan jantina. Terlalu percaya pada ‘agama’ si lelaki atau wanita. Dan banyak lagi sebab-sebab yang lain.Kerana itu, bila seorang perempuan melepaskan geram, kononnya dia dipermainkan oleh ‘playboy islamik’, maka perlu juga ditanya kepada si perempuan , apakah sumbangannya dalam ‘permainan’ tersebut?

Cuaca redup di petang hari
Mari berehat di atas jeti
Bertepuk sebelah tangan takkan berbunyi
Akhirnya nanti siapa yang rugi?

Saya selalu menyebut tentang peranan sebenar apabila jatuh cinta. Tidak kiralah lelaki itu ‘playboy’, atau perempuan itu ‘playgirl’, kita akan selamat sekiranya kita benar-benar memainkan peranan dengan baik. Kalau si lelaki terus melamar, tidak akan timbul isu dia rasa dipermainkan dalam perhubungan. Kalau si perempuan tidak melayan, tidak akan timbul isu dia rasa dipermainkan dalam perhubungan.


Kesimpulannya, ajakan kepada kejahatan ada di mana-mana. Fitrah yang gagal diurus dengan baik akan menjadi fitnah. Ia akan menyumbang kepada kerosakan yang berpanjangan. Maka, apa yang perlu kita perangi bukanlah orang-orang yang dilabel sebagai ‘playboy/playgirl islamik’ itu, sebaliknya yang perlu kita perangi adalah kejahilan dan kelembikan jiwa kita sendiri.Ingat, memburu cinta sejati tidak cukup dengan semangat dan kata-kata, sebaliknya perlu berlandaskan ilmu, keimanan dan keyakinan yang teguh hanya kepada-Nya. Moga Allah berikan hidayah kepada kita semua, amin.



penapemuda: Baru tahu boleh dikembar dua perkataan di atas. Artikel asal diolah daripada portal myilham.com

Saturday, October 29, 2011

sorotan Ijtima' Tarbawi dari BINOKULAR IKHWANUL MUSLIMIN


Ketika mana Kuala Lumpur dicemari palitan maksiat dan mungkar- malah kian bertambah dari hari ke hari, di satu hujung kota memancarnya cahaya yang terang benderang. Cahaya yang lama-kelamaan semakin merah. Merahnya umpama merah saga. Itulah raudhah tarbiyyah yang ditunggu-tunggu seluruh anak negeri. Dengan jiwa-jiwa muda yang ghairah menagih sentuhan tarbiyyah, kesepaduan pendokong Islam dalam medan siasah , Ijtima' Tarbawi didahulukan demi kelangsungan masa depan sebuah gerakan Islam di Malaysia. Menariknya jika dilihat pada tentatif program ada slot khas bersama Mantan Mursyidul Am Ikhwan Muslimin. Kesempatan pagi 2 Zulhijjah ini, walaupun saya sendiri tidak berkesempatan untuk berada di sana, Ayuh, kita lihat apa yang dikongsikan Dr Mahdi Akif buat bekalan seluruh penyambung mata rantai perjuangan Nabi S.A.W di bumi Malaysia.

Taujihat Amal Tarbawi:
Dr Mahdi Akif, Mantan Mursyidul Am Ikhwanul Muslimin
Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang

1. Tetapkanlah hati-hati kami dan kaki-kaki kami untuk terus berada di atas jalan yang benar. Sangat berbangga kepada pemuda-pemuda yang menyertai Parti Islam Se-Malaysia. Mudah-mudahan Allah memberkati perhimpunan ini.

2. Diharapkan pemuda yang hadir dapat menjadi pencetus kepada perjuangan Islam khususnya di Malaysia.

‎3. Perjuangan ini adalah kesinambungan dari perjuangan Nabi Muhammad SAW. Kita perlukan iman yang utuh untuk meneruskan kesinambungan dan berinteraksi dengan masyarakat dan membina tamadun.

4. Dengan keimanan yang utuh, kita tidak akan takut kepada sesiapa melainkan kepada Allah. Lihatlah ulama'-ulama’ zaman dahulu yang menjadikan iman sebagai penguat jiwa.

5. Kita lihat bagaimana Imam Hassan al-Banna, beliau mengatakan sebagai PEMUDA perlu mempunyai tubuh badan yang kuat, thaqafah yang mantap dan akidah yang utuh. Bagaimana hendak menjadikan diri kita sebagai seorang yang KUAT dan BERAKHLAK. Apa yang saya mahu bukan setakat cemerlang, tetapi mesti ada KELEBIHAN BERBANDING ORANG LAIN.. -Imam Hassan al-Banna

‎6. Ini adalah tempat untuk mempelajari, meningkat thaqofah dan berkenal-kenalan dengan yang lain. Perlu berusaha untuk memantapkan ukhuwah. Walau di mana berada. Dan ini yang saya harapkan kepada pemuda-pemuda disini.

7. Alangkah malang jika tidak dapat menguruskan masa dengan baik. Saya pernah mengumpul 500 orang pemuda seperti ini dalam masa 30 saat sahaja. Itulah kekuatan Ikhwanul Muslimin.

8. Disiplin dengan masa. Jika prog jam 10, maka mula prog jam 10.

‎9. Mesti berakhlak demi memikul risalah dakwah. Semoga kita bertemu di hadapan Allah dengan amal yang diterima.

10. Usrah adalah perkara yang diberkati dan dipimpin Allah. Satu kumpulan dengan satu kumpulan. Berkenalan antara satu sama lain. Bertukar-tukar fikiran dan idea. TETAPI, janganlah usrah dibuat terlalu lama sehingga (2jam), cukup sekadar pengerat ukhuwah antara ahli.

11. Bagaimana untuk kita menjadikan Baitul Muslim ini sebagai pemangkin dakwah dan sistem yang mendokong perjuangan?.

12. Tarbiyah anak-anak kita dan tarbiyah rumahtangga kita untuk memastikan terpelihara dan mendapat redha Allah.

13. Allah telah memasukkan kita sebagai tentera pembawa risalah, adakah kita lokek untuk berkongsi dan menyebarkan di kalangan masyarakat?

14. Kita mesti memahami kewajipan terhadap tanah air dari segi pencemaran-pencemaran dan pengotor. Perlu meningkatkan pemikiran dan kefahaman bukan sekadar mencakupi hal-hal dalaman, malah luaran (saudara Islam di negara lain).

15. Kita perlu mengenalpasti musuh-musuh kita (musuh Islam). Perlu merancang dan memikirkan untuk membentuk kuasa bagi menangani masalah ini. Saya pernah membuat perhimpunan bersama gerakan-gerakan Islam termasuk pemimpin PAS.

16. Hasil perhimpunan Islam, adalah untuk membentuk satu perhimpunan Islam peringkat dunia. Sehingga saya ditangkap dan dipenjarakan. Dan saya kata bahawa umat Islam perlukan himpunan ini.

17. Isu yang penting sekarang adalah isu Palestin. Zionis telah menakluki Palestin, membunuh orang-orang tua, kanak-kanak dan perkosa wanita-wanita Islam. Kita perlu berterusan berjuang sehingga menafikan zionis dalam Palestin.

18. Pejuang-pejuang di Palestin kini sedang berusaha mengusir Yahudi. Hamas adalah satu kekuatan yang amat menakjubkan, terdiri dari lelaki dan perempuan, sehingga menyebabkan musuh-musuh Islam berasa gerun terhadap serangan Hamas.

19. PAS merupakan gerakan yang banyak membantu pejuang Islam di Palestin. PAS sudah tidak asing pada mata-mata Islam di dunia.

20. Janganlah menuduh Mesir sebagai pengkhianat kerana Mesir telah banyak mengeluarkan pemimpin-pemimpin Islam, ulama'-ulama’ Islam dan Universiti al-Azhar yang sangat tersohor. Tetapi, kamu patut menuduh PEMERINTAHAN MESIR sebagai pengkhianat. Yang diketuai Hosni Mubarak.

21. Hizbul Hurriyyah wal 'Adalah adalah parti yang baru ditubuhkan oleh Ikhwanul Muslimin, yang akan menyertai Pilihanraya Mesir pada Nov ini.

22. Muslimah merupakan saham utama dalam memenangkan Ikhwanul Muslimin dalam PRU Mesir pada tahun 2005.

23. Mesir adalah negara yang telah dijajah. Ramai dikalangan askarnya buta huruf. Namun, Imam Hassan al-Banna melihat perlu ada tentera yang bijak. Undang-undang melarang dan diharamkan oleh kerajaan. Nizam Sirri = Nizam Khas. Bertujuan melatih askar-askar yang ditarbiyah dan serba boleh. Nizam Khas merupakan suatu kebanggaan yang dicetuskan oleh Imam Hassan al-Banna.
Sekadar perkongsian satu daripada beberapa sorotan Ijtima' Tarbawi khusus dari binokular Ikhwan Muslimin.

M.U.A,PSZ 11.30am

Maklumat dikemaskini sepanjang program oleh Sdr. Shahrin Azam


penapemuda - Allah tujuan kami!

Sunday, July 24, 2011

bila ada wanita CEROI


Kaum feminin cakap “susah jadi wanita”, mereka telah digoda dan diperdaya oleh syaitan dan hawa nafsunya sendiri, seperti yang kita lihat dialog dibawah, bagaikan mempersoalkan ketentuan Allah terhadap mereka. Dengan kata lain yang agak kasar, Allah berat sebelah pada kaum wanita.

  1. “Aduh, situ tutup, sini tutup. Susah la gini. Apasal laki-laki mudah saja. Tak pakai baju pun takpe. Perempuan auratnya lagi banyak.”
  2. “Kenapa la kita para isteri ni nak keluar kena minta izin dari suami kita, padahal suami kita nak keluar kemana-mana pun tak bagitau kita takpe pulak.”
  3. “Jika kita ikut faraid dalam hal pusaka, rugilah kita. Sebab bahagian harta pusaka perempuan lagi sedikit berbanding harta yang anak lelaki dapat. Kami mahu keadilan!”
  4. “Kenapa Allah jadikan wanita mengandung dan rasa sakitnya nak melahirkan anak. Suami kita rileks saja? Masa buat anak carilah kita, masa nak beranak kita tanggung sendiri!”
  5. “Islam kata kita perempuan wajib taat pada suami, tapi ada islam cakap suami perlu taat pada isterinya? Mana keadilan pada kaum hawa?”
  6. “Bila nak cerai je, suami yang boleh jatuhkan talak. Kenapa isteri tak bolek ceraikan suaminya? Kenapa?”
  7. “Wanita takleh nak beribadat macam lelaki, sebab bila kita ada haid dan nifas, takleh nak solat dan puasa. Ingat perempuan ni suka ke tak solat dan puasa?”.

Dan kemudian datanglah pertubuhan dan organisasi yang membela kaum wanita, dan menuntut hak samarata antara gender, mengekploitasi fahaman wanita yang terjejas akidahnya dek kerana disogok pertanyaan. Kaum lelaki pula cakap, “Ah, mujur aku ni lelaki!”

Tunggu sekejap!.Istighfarlah pada wanita yang ada perasaan seperti di atas. Mujur ada seorang pemuda yang bukanlah seorang ustaz mahupun calon imam muda,apatah lagi rasanya tak layak pun,namun amat yakin bahawa Allah itu Maha Adil. Dia tidak mampu menuturkan sabda Rasulullah s.a.w dan petikan dari ayat Al-Quran, namun dengan ilmu sedikit yang dia ada diolah untuk menjawab soalan-soalan melampau itu.

  1. “Cik adik, Islam lah yang mengangkat aurat wanita. Benda yang mahal harganya akan dijaga dan dibelai serta disimpan ditempat yang teraman dan terbaik. Awak ada emas dan permata, adakah awak nak letak terdedah di tepi laluan lalu lalang atau disimpan di rumah agar tiada siapa melihat perhiasan itu? Ok, jika awak letakkan perhiasan tadi dikalangan orang, agaknya apa akan jadi dengan barang perhiasan tadi? Lelaki, yang utama hanyalah bawah pusat ke lutut tapi awak? Saya tidak dapat melihat kulit anda pun kecuali muka dan tangan! Awak tak mungkin akan terangsang nafsu tengok saya hanya berseluar pendek ke lutut? Jangankan saya, tapi tok imam akan tercabut serbannya jika tengok awak hanya pakai seluar pendek!”
  2. “Ok, isteri perlu taat pada suami. Jadi, lelaki apa? Suami perlu wajib taat juga kepada ibunya tiga kali lebih utama dari ayahnya, walaupun di sudah berkeluarga. Isteri tidak perlu lagi, taatnya hanya pada suami. Kenapa awak perlu taat pada suami? Kerana suami kalian lah yang menanggung dosa yang kalian lakukan!”
  3. “Betul ke wanita menerima warisan pusaka lagi sedikit daripada lelaki? Tapi kan, harta itu memang hak untuk wanita itu dan dia berhak lakukan apa saja yang dia mahu. Shh.. jangan kongsi dengan sape-sape walaupun suami. Tak kesian pada lelaki ke, dia perlu membahagikan harta pusaka itu kepada isteri dan anak-anaknya. Kalo isteri dia ramai, anak dia ramai, harta pulak secebis, tak merasa lah jawabnya!”
  4. “Tahniah la sebab awak dapat mengandung dan melahirkan. Setiap kali awak begitu, wanita itu didoakan oleh sekalian makhluk dan malaikat! Beruntungnya awak! Andaikan awak meninggal pula masa beranak tu, percayalah… itu mati syahid dan ganjarannya syurga. Ya, syurga menanti awak! Sebab tu tak ramai orang wanita meninggal masa melahirkan, malah beranak 15 kali pun sihat sampai ke tua!”
  5. “Akhirat nanti, saya dan lelaki lain didunia ini akan diminta bertanggungjawab keatas empat jenis wanita. Siapa? Mereka ialah isteri saya, ibu saya, anak perempuan saya dan adik perempuan saya. Tahu maksudnya? Awak nanti di akhirat, awak akan dibantu oleh empat lelaki! Siapa mereka? Mereka ialah suami, ayah, adik atau abang malah anak lelaki awak!”
  6. “Nak beribadat macam lelaki? Ingat mudah ke nak dapat syurga? Sedarlah, awak sebagai wanita boleh masuk sebarang pintu syurga yang awak sukai. Ya, dah la syurga, ada pilihan pula hanya dengan empat cara. Apa itu? Solat lima waktu, berpuasa bulan Ramadhan, menjaga kehormatan dan tahu apa satu lagi? Taat pada suami awak. Itu saja asasnya!”
  7. “Saya, seorang lelaki wajib berjihad fisabilillah. Awak, seorang wanita jika taat akan suaminya,dan menunaikan tanggungjawabnya kepada Allah, maka awak akan turut menerima pahala setara seperti pahala orang pergi berjihad fisabilillah tanpa perlu mengangkat senjata!”

    “Sebenarnya, apa lagi yang awak mahu, wahai kaum hawa?”

    Lantas, wanita-wanita tadi menangis dan berkata;

    “MasyaAllah, demikian sayangnya Allah pada wanita, namun kami sendiri yang mengheret diri ke neraka yang mana ramainya kaum kami berbanding kaum lelaki!”

Demikianlah dialog wanita-wanita yang curiga itu dengan seorang lelaki biasa namun beriman. Ingat firmanNya, bahawa mereka tidak akan berhenti melakukan segala upaya, sampai kita ikut dan tunduk kepada cara-cara dan peraturan yang dipromosikan dan diperjuangkan itu.

Sebagai Zat yang Maha Pencipta, yang menciptakan kita, maka sudah pasti Dia yang Maha Tahu pada manusia, sehingga segala hukumNya malah peraturanNya, tentulah yang terbaik bagi manusia dibandingkan dengan segala peraturan yang dicipta manusia.

Wahai lelaki, jagalah isterimu kerana dia perhiasan, pakaian dan ladangmu, sebagaimana Rasulullah s.a.w pernah mengajarkan agar kaum lelaki berbuat baik selalu (lembut) terhadap isteri anda sekalian.

Adalah sabda Rasulullah s.a.w bahawa ketika lelaki memiliki dua atau lebih anak perempuan, mampu menjaga dan menjadikannya muslimah yang baik, maka syurga adalah jaminannya.

Berbahagialah wahai para muslimah. Tunaikan dan menegakkan agamamu, nescaya syurga menanti!


penapemuda:dunia-dunia.artikel ini telah diolah secara tidak langsung!.moga bermanfaat.

Sunday, April 24, 2011

tahajjud CINTA



Meniti dibibir perkataan ‘tahajjud cinta’ dan mungkin bermain dibenak fikiran orang kebanyakkan sudah pasti beranggapan entri ini ada kaitan dengan rantaian lagu cinta oleh Siti Nurhaliza. Sekali lagi pelacuran bahasa suci menjadi mainan jiwa-jiwa yang korup. Seringkali juga istilah-istilah cinta Islamik dikembangbiakkan dalam ekosistem umat akhir zaman. Kalau hendak disenaraikan di sini, pasti ada di antara kalian yang telah menghafalnya malah sudah lekat di minda mudanya. Hakikatnya cukup indah bila dibicara tapi getir untuk dilaksanakan. Apatah lagi bila sunnah itu khusus bangun tahajjud, menuntut iltizam dan azam yang tinggi dari jiwa lemah seorang hamba untuk mengabdikan diri kepada Sang Penciptanya di tengah-tengah pekat malam dinihari. Begitulah umat akhir zaman,makin berat untuk melakukan sunnah Nabi SAW. Adakalanya seseorang itu berfikir dari sudut kepayahan bukannya kepada jalan penyelesaian. “Alah,susah la nak bangun tahajjud sebab rasa tak kuat dan rasa tidur lebih sedap”.Itu jawapan umat akhir zaman yang menjawab dengan alasan.

Hai pemuda khusus diri aku sendiri (Uzair Azizan) yang selalu petah berkata-kata,hebat macam mana pun kamu berkata-kata tetapi katamu hanya dikerongkong sahaja selagi mana tahajjud kamu belum terjaga.Tahajjud ini amalan bagi orang-orang soleh.Kamu takkan sampai kepada maqam yang tinggi disisi Allah selagi mana kamu tak bangun untuk solat malam.

Ingatlah wahai pemuda (Uzair Azizan), aturkan masa tidurmu supaya engkau bingkas bangkit di malam hari untuk bertahajjud.Sukar macam mana sekalipun, kamu perlu bermujahadah.Tidak ada sesuatu usaha untuk menundukkan nafsu tidurmu melainkan dengan bermujahadah.

Pemuda dan pemudi dijalan dakwah,kita hampir kesuntukan masa..bangkitlah dari tidurmu itu.Bacalah segala puji bagi Allah yang menghidupkan aku semula setelah mematikan (tidur) aku sebentar tadi dan kepadaNyalah aku akan kembali.Kemudian, bersihkan mulut dan dirimu serta ambillah wuduk.Kemudian,solatlah tahajjud dua rakaat serta mohon ampun dan kekuatan kepada Allah SWT.Wallahua'lam.


penapemuda: Selamat Bermujahadah dan Selamat Menduduki Peperiksaan Akhir Tahun buat semua teman-teman!. Sesungguhnya yang lebih utama, 'peperiksaan kehidupan' itu akan jadi nilaiaan di akhirat kelak. =)

Sunday, April 10, 2011

persidangan bangsa-bangsa syaitan SEDUNIA


TAJUK : SUATU HARI DI PERSIDANGAN BANGSA-BANGSA SYAITAN SEDUNIA
LOKASI : VILLA IBLISSIYAH, PUNCAK SYAITANNIAH, GENTING HIGHLANDA

TARIKH : 00-00-5000 TAHUN SYAITAN

Menjelang penghujung tahun, bermacam-macam persidangan telah diadakan untuk membentangkan laporan aktiviti. Dikalangan bangsa-bangsa syaitan sedunia juga turut mengadakan persidangan mereka untuk membentangkan laporan dan mengambil langkah-langkah wajar untuk terus meyesatkan golongan manusia.


Suatu persidangan syaitan-syaitan sedunia baru-baru ini telah diadakan di puncak VILLA IBLISSIYAH bersebelahan KASINO di Genting Highland.Persidangan ini dihadiri oleh setiap wakil-wakil syaitan dari seluruh pelusuk dunia bermula dari BERMUDA TRIANGLE sehingga dari negeri di Kutub selatan..


Majlis ini diadakan untuk memebentangkan laporan-laporan aktiviti syaitan-syaitan sedunia. Majlis itu telah dirasmikan oleh IBLIS LAKNATULLAH yang bertindak sebagai pengerusi majlis. Setiap yang hadhir akan membentangkan laporan-laporan terperinci serta pelan-pelan tindakan yang akan diambil untuk menyesatkan golongan manusia.


Laporan dimulai oleh seekor syaitan yang bermata juling bernama BAILL Klentong yang datang dari AS.


IBLIS : Apa yang kau nak lapurkan kepada kami wahai BAIL? tanya iblis


Baill : Wahai raja segala syaitan... aku telah berjaya menghasut seorang Raja yang bernama Soddom yang tinggal berhampiran negara Babelon, lalu ia dengan kekuatan tenteranya telah menyerang dan melakukan kerosakan ke atas negara jirannya. Akibatnya negaranya megalami sekatan perdagangan dari PBB PERSIDANGAN BANGSA2 BERSYAITAN SEDUNIA. Akhirnya rakyatnya yang tidak berdosa menderita sebab tak cukup makan..


Syaitan-syaitan yang lain bersorak sambil menggoyangkan ekor masing2.


IBlis : Bagus kerja kau ni Baill..Cuba pertingkatakan kualiti kau di masa-masa depan..

Berikutnya bangun pula seekor syaitan yang bernama Brutus Galihole yang datang dari negeri Mesir untuk memberikan laporannya.

Galihole: Boss... aku berjaya mnenghasut sepasang suami isteri yang akibat dari hasutan aku mereka telah bercerai berai..Adalah punya buduhhhh pasangan itu, sebab pasal ikan bakau pun mereka sanggup bercerai..si suami tu beli ikan pari, suruh isteri dia bakau tetapi aku lalaikan isterinya suruh rebus dengan tempoyak..suami dia melenting lalu diceraikan isterrinya..Itulah sebabnya kalau tidak bersabar dan tidak beriman..


Haaa.haanaa Syaitan-syaitan yang lain tergelak besar mendengarkan cerita Galihole..Iblis hanya tersenyum sahaja tanpa memberikan reaksi.

Kemudian ia memanggil pula syaitan yang bernama Redhovan Kelicik yang berasal dari Serbia...

Redhovan: Wahai IBLIS... KL sekarang ni dah banyak berubahlah..dulu masa aku datang tak de pun KL Tower... .nasib baik tak terlanggar tadi, aku ingatkan menatang apa yang bercahaya-cahaya dari jauh ni... kau tahu tak kat KL jemm punyalah teruk... .masa jem tu lah aku racun fikiran dia orang tu... ada sorang tu tension sangat pasal jem sehingga bila orang lain hon dia, dibunuhnya orang tuu... padan muka dia ..sekarang ni ada kat PUDU JAIL... besok mati dah tentu sama-sama dengan kita kat neraka...


Kemudian bangunlah seekor syaitan yang buta sebelah matanya bernama S.Vellooo berasal dari negara tuan rumah, Malaysia..Berkata S.Vellooo." Wahai raja ku... kat tempat aku dulu mulanya ramai yang rajin sembahyang .. tapi selepas aku goda mereka dengan kemewahan dan macam-macam lagi bentuk hiburan maka ramai yang tidak sembahyang, mereka asyik khayal dengan wayang 3Dlah, dengan judilah, dan macam-macam jenis hiburan kat luar tuu.. kalau ada juga yang sembahyang aku ganggu dia masa dia sembahyang sehingga start sembahyang sampai habis asyik tak khusyuk je dok fikir ekonomi yang meredumlah, airlah, saham GENTINGlah ,TELEKOMlah yang jatuh... ada juga yang berjaya ku pengaruhi supaya jangan sembahyang awal waktu..sehinggakan ada tuu yang sampai nak habis waktu zohor baru sembahyang sebab lepas tu boleh terus sambung dengan Asar..tak payah nak makeup 2 kali... Aku yakin TUHAN TAK AKAN TERIMA SEMBAHYANG ORANG SEPERTI ni.. Mudah-mudahan kat akhirat nanti ramai le kekawan kita.


Selepas itu muncullah pula seekor syaitan bernama JOSOP..


JOSOP : Sebenarnya kerja aku bukannya apa-apa..cuma main-main sahaja..

IBLIS : Apa main-main pulak niii... kita semuanya mesti seriuos dalam usaha meyesatkan golongan manusia... Haa cepat berikan lapuran kamu..


JOSOP : Wahai tuanku..sabar lah sampai aku beri lapuran... gini,,kerja aku cuma hasut orang tukar agama ,,tuuu jelah kerja akuuu... Baru-baru nii..heboh satu Malaysia pasal kes apo bondonya... riddah..murtadlah tuu..Si Ecah tuuu... aku punya kerjalah tuuuuu..Anak tok sheh nuuu.kau orang ingat senang nak pujuk dia..Bukan setakat tuu,,,beribu-ribu orang sedang diproses permohonannya ... .cuba periksa kat JAWI ke JAIS ke, PUSAT tak ISLAM kalau tak caya..kata JOSOP dengan bangga..


Maka bertanyalah sahabat-sahabatnya..apakah rahsia kejayaan JOSOP... Jawab JOSOP "Kat Malaysia nii... mana ada undang-undang nak cegah...aku pujuk-pujuk dengan sedikit kemewahan le... dengan jantan lee..dengan betina le... hancussss... . semuanya boleh pulun... La niii depa tengah dok bising-bising pasal nak jalankan undang-undang murtad... Aku masuklah leee jarum akuuu..Aku suruh diaorang pakai undang-undag 356... tahu tak apa apo bondonya... 3 tahun penjara, RM5,000 dan 6 sebatan... kalau setakat undang-undang manusia gerentinya kita boleh makan..yang aku takut undang-undang ALLAH..kalau mereka laksanakan habislah kita...


IBLIS menganguk kepalanya sambil berkata "Syukur aku ada syaitan macam kau ni, teruskan usaha... mungkin hujung tahun aku akan bagi sedikit insentif kepada kau ...


Seekor syaitan remaja yang berasal dari utara Kedah pula bangun memberi lapuran "Aku ni syaitan muda..kerja aku goda teman setia aku yang sebaya dari kalangan manusia untuk buat maksiat..cuba nengok tuuu... betapa punya banyaklah bohjanleh..bohsia_lee..ntah apa-apa boh lagi...

Tak dengar ke baru-baru ni kan ada pesta seks remaja... aku punya kerja le tuuu..sekarang ni masih boleh jalan la sebab pemimpin mereka tak tegas nak basmi..mereka lebih sibuk dengan urusan rebut jawatan... .Syoknya nengok remaja-remaja nuu buat kerja-kerja terkutuk tuuuu... eehmmmmm.


Seekor syaitan yang gendut perutnya dengan badan yang berkurap bangun mencelah untuk memberikan laporannya... Katanya dia datang dari Bangunan MALL sebelah HOTEL LEGEND. " Tuanku... dulu masa aku mula-mula menetap kat MALL tuu..taklah teruk sangat..sekarang nii nak naik lif aje kena tunggu beberapa minit..Masa dulu ramai yang pakai tudung tutup kepalanya... lepas tu aku berusaha bersunguh-sungguh sehingga akhirnya ramai yang dah tak pakai tudung lagi... Ade pulak tu yang mana-mana pakai tu aku hasut dia supaya di pakai kerana supaya dipandang cantik... Jadi dia pakai bukan kerana ALLAH..tentu ALLAH tak terima... nanti kat akhirat nanti tentu kena pakai tudung dari cairan tembaga yang mendidih... aduhhh sakitnya"


IBLIS mencelah "Bagus kerja kamu semua niii... Ada sapa-sapa lagi yang nak beri laporan... " Masing-masing berpandangan anatara satu sama-sama lain..Tiba-tiba dari pintu belakang bangunlah seekor syaitan yang bernama WAK LENTOK atau nama samarannya WAK TERKUTUK yang tempang kakinya. Ia berjalan menuju ke hadapan terhencot-hencot dengan tongkat daripada tulang ba_bi... Syaitan-syaitan yang lain terdiam sambil masing-masing dalam hati berkata "Apa pulak yang nak diperkatakan oleh sitempang ni... "


WAK LENTOK : Wahai IBLIS... Raja segala-syaitan" katanya dengan kuat..IBLIS yang waktu itu terkhayal mungkin terkenang masa dia diusir dari SYURGA dulu akibat tidak patuh perintah ALLAH dan puas hatinya bila dapat menyesatkan manusia, terkejut dengan kata-kata WAK LENTOK..


WAK LENTOK menyambung lagi...


" Dengar sini semua... sepanjang hidup ku ini... aku hanya menjalan suatu aktiviti sahaja iatu menghalang manusia dari belajar atau mengajar ilmu agama ... Inilah sahaja kerja aku sepanjang hidupku..Warisan orang tua ku... .Bila ada sahaja majlis ilmu aku akan lalaikan mereka... Ada yang pergi lepak-lepak main game lah, ada yang seronok-seronok pergi makan... ada yang aku hasut supaya pergi tidur le nengok tv laa dan macam-macam lagi. sebab tu aku lewat sikit tadi sebab sebelum tuu aku singgah sebentar kat tempat orang buat surat kabau kat Sg. Besi tuu..Aku tolong kawan aku tulis TULISAN YANG SESAT LAGI BOLEH MENYESATKAN MANUSIA ...

Lepas tu aku singgah kejap kat bawah tempat persidangan kita nii..Kau lihat kat sebelah persidangan kita..Berapa ramai yang sedang main judi tuuuu... JADILAH MEREKA ORANG YANG JAHIL DALAM ILMU AGAMA DAN APABILA MEREKA BERAMAL, MEREKA BERAMAL TANPA ILMU AGAMA DAN HANYA IKUT-IKUT SAHAJA. INI SUDAH TIDAK SAH DAN TIDAK AKAN DITERIMA OLEH ALLAH ... sudah tentu kat akhirat nanti ramai le teman-teman kita dari kalangan manusia... .


Mendengar penjelasan WAK LENTOK tersebut, IBLIS melompat kegirangan sehinggga terkentot-kentot mengeluarkan bau yang sangat busuk... Syaitan-syaitan yang lain-terkejut kehairanan sambil menutup hidung mereka lalu bertanya kepada IBLIS...


" Apa yang bagus sangat si tempang tuu buat sehingga kau terlalu gembira sedangkan kami ni dah buat kira lagi hebat... " Maka jawab IBLIS sambil menepuk-nepuk bon_tot IFRIT "Inilah yang kau tak tahu ni... Kamu semua mesti giatkan usaha untuk menghalang orang dari mancari ilmu... Marilah aku tunjukkan kamu akan kelebihan ILMU AGAMA.


Maka mereka beramai ramai menuju sebuah tempat kalau tak silap di daerah pantai timur..Sungai Golok namanya..Di sana ada seorang tua yang sangat rajin beribadat... Kemudian IBLIS bertanya kepada orang tua... .


"PAKCIK ... saya tak tahu nii... nak tanya satu soalan lah pakcikk..Boleh ke tuhan memasukkan bumi nii dalam sebiji telur.. kata iblis yang menyamar sebagai orang muda.. Termenung orang tua yang jahil itu memikirkannya..iyelah... macammana Allah nak masukkan dunia yang besar ni dalam sebiji telur..katanya dalam hati... .Kemudian ia berkata " Enntahhhlah... pakcik pun tak tahu rasanya tak boleh kut."

"Baiklah pakcikkk" kata iblis lalu ia dan pengikutnya chow dari tempat itu menuju ke tempat lain bernama Kg Rawa...

Berjumpalah mereka dengan seorang ustaz yang sedang mengajar..."Ustaz... nak tanya satu soalan... .boleh tak tuhan memasukkan bumi ni ke dalam sebiji telur.."

Maka dijawab oleh ustaz tersebut "Sudah tentu boleh sebab tuhan Maha Berkuasa, bila tuhan berkata JADI, MAKA JADILAH... wallahuallam... "

"Iyeke pakciikk..mustahil dunia yang besar ni boleh dimasukkan dalam sebiji telur.".kata IBLIS untuk meniupkan rasa was-was dalam hati ustaz tu..

"Tiada perkara yang mustahil bagi ALLAH..Bagaimana caranya wallahhualam "

"terima kasih pakcik" kata IBLIS sambil meminta keizinan untuk berambus..

Kata iblis kepada sahabatnya... "Kau lihat bagaimana mudahnya seorang itu menjadi kafir apabila berkata ia tidak tahu samada tuhan boleh memasukkan bumi dalam sebiji telur akibat tidak berilmu..dan bagaimana sukarnya untuk menyelewengkan orang yang berilmu.. Oleh itu aku minta kamu semua supaya berusaha bersungguh-sugguh mencegah orang daripda mencari ilmu mudahan berkat usah kamu ramai le kekawan kita kat neraka nanti..SESUNGGUHNYA AKU LEBIH TAKUT DARI SEORANG YANG BERILMU DARI 1000 ORANG YANG RAJIN BERIBADAT TANPA ILMU.



penapemuda:ilmu.ilmu.ilmu.
cahayaislam

Friday, March 25, 2011

satu paradigma: melahirkan rausyanfikir sebagai kader perjuangan RAKYAT


Abad ke-20 menyaksikan pelbagai revolusi sosial yang unik. Antara keunikkan yang berlaku pada masa itu adalah berkaitan dengan perjuangan mahasiswa. Fenomena ini merupakan satu fenomena global di mana mahasiswa telah turut sama turun ke medan sebenar untuk berjuang bersama masyarakat yang tertindas. Antara contoh perjuangan masyarakat yang ditunjangi mahasiswa adalah gerakan Mei 1968 di Perancis, Revolusi Iran 1979, dan Reformasi yang menjatuhkan rejim Suharto pada tahun 1998.

Ternyata perjuangan-perjuangan ini memberi dampak yang cukup besar terhadap masa depan agama, bangsa dan negara masing-masing. Antara perjuangan yang ditunjangi mahasiswa tersebut, Revolusi Iran merupakan antara perjuangan mahasiswa yang cukup unik kerana didasari dengan konsep revolusi intelektual yang unggul tidak hanya menjadikan emosi dan fizikal sebagai ledakkan reformasi sosial.

Kejayaan Revolusi Iran tidak bermula dengan Ayatullah Khomeini semata-mata malah lebih awal daripada itu. Antara arkitek utama Revolusi Iran yang penting ialah Dr. Ali Shariati yang banyak mengubah paradigma perjuangan rakyat Iran terutamanya dikalangan mahasiswa pada waktu itu. Antara kebijaksanaan beliau dapat dilihat melalui usaha-usaha mensintensiskan ombak intelektual yang digerakkan dengan pengaruh moden dan pemikiran falsafah Islam bagi membangkitkan semangat dan roh perjuangan rakyat Iran yang lesu selepas melalui zaman penjajahan Barat dan seterusnya tercengkam dibawah genggaman diktator Shah Iran pada waktu itu.

Bagi melakukan perubahan yang diharapkan, Ali Shariati telah menyampaikan beberapa siri kuliah berkenaan “pemikir reformarsi celik” ataupun dalam bahasa Parsinya rausyanfikir. Beliau telah menegaskan dalam siri kuliahnya bahawa para intelektual Barat telah gagal memainkan peranan yang sewajarnya dalam melakukan revolusi sosial terhadap masyarakat am. Hujah ini adalah relevan kerana pada waktu itu banyak golongan muda yang memandang Barat sebagai sumber inspirasi kepada mobilisasi hidup mereka. Maka kebanyakkan daripada mereka yang dididik dalam acuan Barat akan terpengaruh dengan cara hidup para intelektual dan profesional Barat yang gagal memainkan fungsi sosial mereka dengan baik.

Menurut takrif rausyanfikir yang diberikan oleh Dr. Ali Shariati, ianya adalah “mereka yang menyedari dan arif mengenai situasi sosial manusia yang sebenarnya pada zaman kini dan masa lampau dan mempunyai tanggungjawab sosial.

Beliau mengingatkan bahawa maksud pemikir reformasi yang celik dan intelektual tidak sama. Ali Shariati menegaskan bahawa bukan semua para intelektual mempunyai pemikiran celik malah kadang kala hanya menggalas tugas demi pangkat dan status di menara gading ataupun institusi-institusi profesional.

Beliau juga menjelaskan bahawa golongan rausyanfikir tidak semestinya merujuk kepada mereka yang mempunyai pendidikan universiti. Hatta penarik beca sekalipun layak bergelar rausyanfikir jikalau ianya adalah seorang yang celik dan memainkan peranan yang sewajarnya dalam melakukan reformasi terhadap masyarakat.

Ali Shariati menegaskan kebiasaannya golongan yang tidak begitu terdidik melalui institusi pendidikan yang formal merupakan antara pemimpin revolusinier yang hebat seperti Malcolm X yang memperjuangkan hak rakyat Afro-Amerika di Amerika Syarikat pada tahun 60-an.

Konsep rausyanfikir ini memberi peringatan kepada para mahasiswa Iran pada waktu itu untuk menjadikan diri mereka sebagai jambatan ilmu dari menara gading yang eksklusif kepada masyarakat am yang tertindas.

Tetapi pada masa kini, peranan mahasiswa telah diubah suai menjadi modal insan yang sebenarnya hanya bertujuan untukmenyempurnakan keperluan tenaga kerja para kapitalis. Akhirnya, golongan mahasiswa yang lahir hari ini telah dibius fungsi sosialnya sehingga lumpuh dalam memahami realiti dan permasalahan masyarakatnya.

Menurut Ali Shariati lagi, dari segi prinsip, tanggungjawab serta sumbangan golongan rausyanfikir di dunia ini adalah sama dengan para nabi dan pemimpin agama iaitu pemimpin revolusinier yang berjuang untuk mentrasformasi struktur fundamental pada zaman dahulu.

Ali Shariati menegaskan bahawa golongan nabi tidak boleh diletakkan dalam kategori yang sama dengan ahli falsfah, para saintis, dan artis. Para nabi selalunya wujud dari kalangan golongan massa dan boleh berkomunikasi dengan rakyat umum dalam memperjuangkan motto baru, memberi visi baru, memulakan pergerakan baru dan memberi tenaga baru dalam kesedaran rakyat dalam era yang mereka hidup. Pergerakan konstruktif para nabi yang mempunyai unsur revolusinier menyebabkan masyarkat umum bangun serta mentransformasi arah hidup, cara hidup, perspektif, budaya dan destinasi mereka.

Daripada konsep ini kita dapat jelaskan bahawa seharusnya peranan rausyanfikir adalah sebagai penyelesai masalah rakyat. Begitu juga dengan punca kepada sumber perjuangan rausyanfikir iaitu universiti seharusnya merupakan institusi yang menyelesaikan masalah rakyat tempatan dan bukannya masalah tamadun asing.

Jelas disini Ali Shariati sering menegaskan bahawa mahasiswa yang menempatkan diri dalam kelompok rausyanfikir ini perlulah sedar akan fungsi dan tanggungjawab sosial masing-masing. Untuk menterjemahkan peranan ini dengan lebih baik perlunya golongan rausyanfikir ini mencapai dzauq (rasa) yang dapat memberi penghayatan yang baik berkenaan perjuangan akar umbi. Dengan yang demikian, para aktivis mahasiswa haruslah sentiasa turun ke medan perjuangan bersama masyarakat. Barulah penghayatan secara menyeluruh dan komprehensif benar-benar tertanam di benak hati masing-masing dalam menyelusuri perjuangan rakyat.



Perkara ini bukanlah sesuatu yang asing dalam sejarah negara kita. Mahasiswa pada tahun 70-an telah turut sama menterjemahkan konsep rausyanfikir ini dengan baik seperti rakan seperjuangan mereka di Iran. Contoh terbaik yang dapat kita kenal pasti adalah Dato’ Seri Anwar Ibrahim sendiri yang telah berjaya melakukan beberapa perubahan sosial sewaktu beliau berjuang sebagai aktivis mahasiswa pada waktu itu. Seperti Alexander the Great yang mempunyai Aristotle disisinya, Anwar Ibrahim juga turut mempunyai pembimbing yang hebat antaranya seperti Prof. Syed Naquib Al-Attas dan juga Pak Natsir pada waktu itu.

Melalui penjelasan dan contoh-contoh di atas, kita dapat kenal pasti bahawa peranan aktivis mahasiswa dalam konteks rausyanfikir sememangnya relevan pada hari ini. Situasi pada zaman Ali Shariati merupakan zaman pasca penjajahan yang mana pemikiran masyarakat masih berbekaskan perasaan inferiority complex terhadap penjajah. Perasaan ini telah diterjemahkan dalam pelbagai konteks seperti arus budaya asing yang merosakkan, pemahaman sekularisme dan juga pengetengahan maksud pembangunan materialistik yang ditinggalkan oleh bekas penjajah. Tetapi pada zaman ini kita sedang berhadapan dengan penjajahan bentuk baru yang lebih diskrit dan halus sifatnya. Maka adalah perlu sekali lagi golongan aktivis mahasiswa menjawat tugas rausyanfikir agar perjuangan rakyat yang tulen mampu menghasilkan revolusi sosial yang betul.

Maka, untuk mencipta penyelesaiaan yang betul, golongan rausyanfikir pada era moden ini harus juga mempunyai akidah yang kuat serta daripada kekuatan akidah itu dapat diterjemahkan menjadi satu pandangan alam (
world view) yang tepat. Dengan adanya pandangan alam yang tepat, rangka pemikiran (framework) aktivis mahasiswa akan menjadi lebih tersusun dan relevan dengan permasalahan semasa. Seringkali kita lihat perjuangan yang didasari dengan semangat juang semata-mata tanpa pemahaman yang menyeluruh mengenai permasalahan yang ada hanya akan melahirkan penyelesaiaan yang tempang. Pemahaman konsep-konsep penting seperti yang dirumuskan oleh Prof. Syed Naquib Al-Attas dalam pemahaman makna kebahagiaan, pembangunan, kebenaran dan realiti harus difahami secara mendalam agar pembentukkan pandangan alam yang betul sebagai asas perjuangan tidak lari dari lunas-lunas yang terdapat dalam Al Quran dan hadith.

Seringkali permasalahan aktivis mahasiswa adalah berlakunya dikotomi antara aspek teori dan praktikal. Masalah yang wujud daripada pemisahan sebegini adalah kecelaruan dalam melahirkan penyelesaian yang sesuai dengan konteks tempatan. Seperti contoh kebanyakkan pejuang reformasi Dunia Ketiga telah terperangkap dengan idea-idea baru dari bekas penjajah seperti makna pembangunan dan kejayaan ekonomi. Maka reformasi yang sepatutnya membuahkan hasil yang baik kepada rakyat menjadi sebaliknya seperti kegagalan pengurusan ekonomi rejim Suharto yang terperangkap dengan idea dan konsep pembangunan neoliberal anjuran IMF dan Bank Dunia.

Adalah tidak wajar untuk aktivis mahasiswa melakukan pemisahan sebegitu rupa kerana telah terbukti bahawa golongan rausyanfikir merupakan golongan aktivis yang membawa teori dan praktikal bergerak seiring antara satu sama lain dalam menyelesaikan masalah rakyat. Dengan itu, barulah penulis yakin bahawa peranan mahasiswa selaku golongan rausyanfikir dapat diterjemahkan dengan lebih baik dalam masyarakat kita.



penapemuda: dimana kita agak-agaknya?.artikel asal oleh Wan Ahmad Fayhsal,Milenia 2008

Wednesday, March 9, 2011

dilema the times,keprihatinan UTM dan kemuliaan ISLAM

Baru seminggu bumi Universiti Teknologi Malaysia didatangi ulama besar Nusantara bagi berkongsi ilmu dengan sebahagian mahasiswa dan staf UTM, tiba-tiba kita dikejutkan pula dengan penganjuran konsert/gig The Times sempena UTM International Horse Show 2011. Cukup mudah martabat keilmuan gedung ilmu ini dan warganya dinodai virus-virus hedonisme dan pihak luar, yang sudah pasti mencari peluang dan ruang bagi menjahanamkan jiwa-jiwa penuntut ilmu di IPT khususnya di UTM. Perlu diingat, Islam tidak menghalang hiburan tapi pandanglah dan sedarlah di mana bumi kalian berpijak ketika ini.

Sia-sia kita angkat martabat para ilmuwan,kita beri gelaran Doktor Falsafah, Profesor, Profesor Madya, malah kita angkat al-Quran sebagai elemen pada logo UTM, kita gariskan moto 'Kerana Tuhan Untuk Manusia' (wajib mahasiswa Islam fahami dengan kalimah Lillahita'ala ), kita perkenalkan Key Amal Index, kita perkasakan peranan Pusat Islam dan sebagainya dengan harapan Islam terus memayungi UTM dan warganya .

Persoalkan diri kita seketika; apakah kita tidak merasa sedih walau sedikit pun bila mana elemen-elemen maksiat seperti ini masih mendapat tempat di sini?. Secara peribadi, saya cukup sedih dengan perkara ini dan pada masa saya tidak segan silu menyatakan sokongan sebulat suara, seiya sekata bantahan yang dibuat oleh pimpinan-pimpinan mahasiswa UTM. Ingatlah dalam Islam ada garis panduan acara / konsert yang perlu dipatuhi. Di peringkat saya sendiri, saya suka berkongsi serba sedikit pengetahuan dengan kalian mengenai apa yang telah diletakkan oleh Islam sebagai satu rujukan bersama bagi mengadakan konsert atau aktiviti hiburan supaya tidak melampaui hukum syarak. Pertamanya :

1- Hendaklah dipastikan muzik / lagu / skrip yang tidak mempunyai perkataan yang boleh membawa ke arah bertentangan dengan aqidah seperti menyalahi syariat Allah SWT, memburuk-burukkan Rasulullah SAW, melekehkan para sahabat, meragui hari kiamat dan pembalasan dosa pahala juga tiada unsur memuja atau taksub kepada wanita.

Allah SWT memberi peringatan kepada sesiapa yang meragui kebenaran hari kiamat dengan firmannya:

“Sesungguhnya hari kiamat itu tetap akan datang - yang Aku sengaja sembunyikan masa datangnya - supaya tiap-tiap diri dibalas akan apa yang ia usahakan. Maka janganlah engkau dihalangi daripada mempercayainya oleh orang yang tidak beriman kepadanya serta ia menurut hawa nafsunya; kerana dengan itu engkau akan binasa”. (surah Taaha : 15-16)


2- Suatu persembahan / konsert yang dijalankan hendaklah tidak berlebih-lebihan sehingga hak-hak Allah dan kewajipan yang lain terabai seperti menunaikan ibadah, hak mencari dan memberi nafkah, menuntut ilmu dan sebagainya.

“Tidaklah ada diantara orang Muslim jika tiba waktu solat wajib, lalu dia membaguskan wudhuknya, kekhusyukannya, dan ruku'nya melainkan solat itu menjadi penebus dosa-dosa sebelumnya, selagi dia tidak mengerjakan dosa besar, dan itu berlaku selamanya”. (Hadis Riwayat Muslim)



3- Muzik atau nyanyian yang disampaikan tidak mempunyai senikata lagu berunsur maksiat dan lagho seperti membawa kepada rangsangan ghairah nafsu melalui tema-tema cinta yang melampau, luahan perasaan dan kerinduan yang berlebihan kepada manusia sehingga mendorong pendengar dan remaja kepada melakukan maksiat dan dosa.

Oleh itu nyanyian sebegini hendaklah dijauhi berdasarkan firman Allah seperti berikut:

“Dan apabila mereka mendengar perkataan yang sia-sia (lagha), mereka berpaling daripadanya.” (surah Al Qasas : 55)


“Sesungguhnya Allah telah menentukan bahagian seseorang tentang zina yang tidak mustahil didapatinya. Maka zina mata adalah memandang, zina lidah adalah mengucapkan, zina hati adalah mengingini dan faraj (kemaluan) membenarkan atau mendustakannya" (Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim)


4- Hendaklah hiburan tidak diiringi atau dialunkan dengan instrumentbunyian terlampau seperti budaya rock sehingga penonton / pendengar mengikut rentak (melompat-lompat, menjerit dan bersorak) menjatuhkan akhlak mereka dan mendatangkan fitnah kepada diri mereka.


5- Penyanyi, pembuat persembahan dan penonton yang hadir hendaklahmenjaga auratnya, tidak melakukan gerak badan yang memberahikan ataupun mempersembahkan nyanyian dengan suara yang menyebabkan ransangan nafsu tidak soleh dikalangan pendengar / penonton. Sekalipun lagu dan senikata yang disampaikan adalah baik, dalam keadaan ini ianya tetap menjadi haram.

Allah swt berfirman berkenaan tuntutan menutup aurat: “Hai anak Adam, sesungguhnya Kami telah menurunkan kepadamu pakaian untuk menutupi auratmu dan pakaian indah untuk perhiasan.” (surah Al A'raf : 26)


Rasulullah saw juga memberi amaran kepada wanita yang tidak menutup aurat mereka:

“Sebahagian dari penghuni neraka ialah perempuan yang memakai pakaian yang menyerupai telanjang, pakaian yang sesat dan menyesatkan. Mereka tidak masuk ke syurga dan tidak mencium baunya.” (Hadis Riwayat Muslim)


“Apabila umatku melakukan 15 perkara maka mereka layak untuk menerima bala Allah. Antara 15 perkara itu ialah…. orang ramai menjadikan wanita sebagai penyanyi (penari-penari), alat-alat yang melalaikan (muzik).” (Hadis Riwayat Tarmidzi)



6- Hendaklah dipastikan tiada percampuran di antara lelaki dan wanita yang bukan mahram tanpa sekatan dan had hingga membawa kepada bersentuhan antara lelaki wanita ajnabi, tiada majlis tari-menari, tidak berlakunya acara minum arak, pertaruhan judi, tiada drama /lakonan-lakonan liar dan seumpamanya.

Rasulullah saw bersabda dalam hal pergaulan lelaki wanita ajnabi ini:

“Sekiranya ditikam di kepala seseorang kamu dengan sebatang besi adalah lebih baik baginya dari menyentuh kulit wanita yang tidak halal untuk disentuh.” (Hadis Riwayat Baihaqi)



7- Penyanyi tersebut hendaklah dari kalangan lelaki jika penontonnya adalah lelaki dan wanita manakala jika persembahan itu tertutup dan semua yang berkait dengannya adalah wanita maka dibolehkan penyanyi itu dari kalangan wanita. Ini adalah bagi mengelak segala fitnah dan punca kerosakan dari suara wanita dan pergerakan manja wanita yang menggoda.

Firman Allah SWT:

“Maka janganlah kamu wahai wanita berkata-kata dengan lembut manja (semasa bercakap dengan lelaki asing) kerana yang demikian boleh menimbulkan keinginan orang yang ada penyakit dalam hatinya (menaruh tujuan buruk kepada kamu), dan sebaliknya berkatalah dengan kata-kata yang baik (sesuai dan sopan).” (surah Al Ahzab : 32)


Dan Rasulullah SAW juga bersabda:

“Daripada Abu Malik al-Asy’ari daripada Nabi saw bersabda; Beberapa orang daripada umatku akan meminum arak dan menamakannya dengan bukan nama asalnya dan dialunkan muzik kepada mereka dan dihiburkan oleh penyanyi-penyanyi perempuan. Allah akan membenamkan mereka ke dalam perut bumi dan Allah akan menjadikan mereka kera dan babi.” (Hadis Riwayat Ibnu Majah)


PERINGATAN Syaitan selalunya mengambil peluang dari hiburan yang melalaikan untuk menyesatkan dan melaghakan manusia. Allah SWT berfirman:

“Dan ada di antara manusia: orang yang memilih serta membelanjakan hartanya kepada cerita-cerita dan perkara-perkara hiburan yang melalaikan; yang berakibat menyesatkan (dirinya dan orang ramai) dari agama Allah dengan tidak berdasarkan sebarang pengetahuan; dan ada pula orang yang menjadikan agama Allah itu sebagai ejek-ejekan; merekalah orang-orang yang akan beroleh azab yang menghinakan.” (surah Al Lukman :6)


Bertitik-tolak dari itulah, satu garis panduan berkenaan hiburan disusun supaya kehalusan seni hiburan yang digariskan Islam itu dapat direalitikan. KESIMPULAN Industri hiburan dan nyanyian yang harus dalam Islam adalah sesuatu yang sesuai dengan fitrah kejadian manusia, menghibur dan memberikan ketenangan kepada jiwa disamping mematuhi adab-adab Islam.

Dalam konteks Universiti Teknologi Malaysia dan dengan kontradiksi yang telah berlaku selama ini, apa yang boleh dirangka kini dalam kalangan mahasiswa Islam adalah satu garis panduan khusus mengikut acuan mahasiswa bagi sebarang penganjuran konsert dalam kampus UTM. Jadikan ini sebagai lampiran bagi kelulusan mana-mana program di peringkat pentadbiran HEMA dan juga Canselori. Ini bukan kali pertama konsert di adakan di bumi UTM tanpa merujuk kepada Unit Kebudayaan (istilah kasar 'buat kepala sendiri') tapi masih ada lagi pihak yang mengambil ringan soal Dasar Kebudayaan Universiti. Apa guna dasar ini digubal jika langsung tidak ada nilai di sisi 'orang dalam' universiti sendiri. Saya selalu mengistilahkan golongan seperti ini sebagai 'bodoh terpelajar'. Di kesempatan ini, saya mengucapkan tahniah kepada Majlis Perwakilan Mahasiswa Universiti Teknologi Malaysia (MPMUTM), Persatuan Mahasiswa Islam UTM (PMIUTM) atas tindakan awal dengan membantah penganjuran konsert tersebut dan mengadakan perjumpaan denggan pihak penganjur bagi membincangkan soal kebajikan rohani mahasiswa UTM. Walaupun tidak dapat membatalkan konsert tetapi berjaya mewujudkan rasa tidak senang dalam hati penganjur. Selepas ini, harapnya tiada lagi klise 'Kita sudah terikat kontrak,ada hitam putih dengan artis/band jemputan' bagi mengiyakan tindak-tanduk berupa pencabulan kerohanian mahasiswa kita di UTM. Harus diingat, mahasiswa dan kehidupan kampusnya khusus beragama Islam tidak sesekali mudah diperkudakan.

Dari perspektif lain, dalam masa yang sama, ini menuntut kesedaran yang tinggi dari pemuzik dan penggiat seni Muslim (ingatan: anggota The Times Islam semuanya) supaya membentuk industri hiburan tersendiri dan terpisah daripada pengaruh jahat Kuffar. Sebarang percubaan Kuffar untuk menghanyutkan umat Islam ke arah kemaksiatan, kemudharatan dan kefasikan mestilah dihalang beracukan penetapan dan susur galur Al Quran dan Sunnah Rasul SAW. Bagi semua pemuda/i tidak kira idealisme terutamanya dalam kampus UTM, pastikan Islam didahulukan. Ini soal maruah agama bukan hiburan semata-mata.



Mahasiswa UTM benci Hedonisme!



penapemuda: penyanyi/pelakon di Malaysia kena ambil masa kaji kisah transformasi Azmil Mohamad,Dr. SAM, Bob Lokman kalau betul-betul mencari Mardhatillah

Wednesday, February 2, 2011

Mencetak Al Fateh bukan 'Al-Patah'

Dah lama tidak menyelami watak seorang remaja.Kini saya mungkin remaja lanjut usia tapi masih lagi dalam usia belia.Bukan perasaan diri tua.Suatu ketika terfikir,saya juga adalah seorang remaja biasa. Membesar seperti remaja-remaja lain. Seorang mahasiswa sama seperti sebahagian besar mahasiswa yang lain. Mungkin sama seperti anda. Perjalanan biasa laluan kehidupan remaja masa kini.Sebahagian penulisan entri kali ini berkaitan psikologi saya pinjam daripada beberapa orang rakan blogger yang boleh dipercayai dan memang arif dalam bidang ini.


Konflik remaja.


Kegagalan untuk melihat dunia ini melalui pandangan orang lain kecuali pandangan sendiri. Apa kita rasakan penting untuk diri kita mesti penting bagi semua orang lain. Jean Piaget, seorang penyelidik perkembangan manusia menamakan ia sebagai egocentric. Egocentric akan dilalui oleh kanak-kanak berumur 2 hingga 7 tahun. Namun, egocentric tidak sepenuhnya hilang sewaktu menginjak dewasa. Malah akan bercambah kepada dua jenis egocentricsm iaitu personal fable dan imagenary audience. Personal fable berlaku apabila seseorang menghabiskan masa sepenuhnya berfikir mengenai pandangan dan perasaan sendiri sehingga dia yakin bahawa dia adalah seorang yang istimewa, malah orang lain tidak pernah mengalami pemikiran dan perasaan yang sama seperti dia. Timbullah kata-kata "Hang tak faham aku, aku lain daripada hang". Imagenary aud
ience berlaku apabila seseorang merasakan yang semua orang perhatikannya. Menjadikan seseorang terlalu risaukan pandangan orang lain terhadap rupa luaran dan gerak-gerinya.

Menurut Erik Erikson, seorang psikososial terapis, remaja akan melaui krisis identiti dan kekeliruan peranan. Remaja perlu memilih nilai dan tujuan hidup yang berkaitan isu-isu politik, pemilihan karier dan perkahwinan. 'Peer pressure' akan menyerang remaja yang bermati-matian untuk sesuaikan diri dan mencari indentiti dalam masyarakat. Akhirnya hanya menja
di seorang yang hanya memenuhi kehendak dan harapan rakan sebaya. Di hadapan ibubapa berlagak sebagai seorang anak kecil, berlagak sebagai seorang yang baik di hadapan guru dan berlagak remaja 'cool' dan nakal di hadapan rakan-rakan. Akhirnya akan menjadikan dirinya keliru akan semua peranan yang dilakonkannya dan apakah identiti dan peranannya sendiri.

Sebagai seorang remaja Islam, sepatutnya fasa-fasa yang diterangkan tadi bukan merupakan masalah besar bagi kita. Kerana sebagai orang islam, dari kecil lagi kita sudah dididik untuk berlagak seperti orang Islam. Rasulullah sebagai 'role model'. Tujuan hidup kita sudah ada sejak dari kecil lagi. Malah sudah dididik supaya bersedia berhadapan kematian. Allah
sebagai matlamat hidup. Hidup bersyariat dan menyebarkan syariat adalah cara hidup. Hidup sudah ada fokus dan terarah. Bila kata Allah sebagai matlamat hidup bukan bermaksud tolak dunia dan kejar akhirat. Untuk kejar akhirat pun kita perlukan dunia. Jika ada pemikiran yang berfikir bermatlamatkan Allah bermaksud menolak dunia menunjukkan pemahaman tentang agama Islam selama ini salah. Kajilah mengenai fahaman sekularism. Mungkin kita mangsa fahaman ini.

Jika kita menggunakan Islam dan membesar mengikut acuan Islam sebenar, kita sudah boleh mengeksploitasi diri kita semaksima mungkin sewaktu remaja lagi. Diwaktu remaja sudah memimpin. Diwaktu remaja sudah menjadi tokoh. Diwaktu remaja sudah berjuang. Waktu remaja adalah puncak kegemilangan hidup.



Sultan Muhammad Al-Fateh pemuda yang memangku takhta kerajaan Turki pada usia 19 tahun. Menakluk Kota Konstantinopel pada usia 21 tahun.

“Tidaklah kami pernah melihat ataupun mendengar hal ajaib seperti ini. Muhammad al-Fateh sudah menukar darat menjadi lautan, melayarkan kapalnya di puncak gunung dan bukannya di ombak lautan. Sesungguhnya Muhammad al-Fateh dengan usahanya ini telah mengatasi Alexander The Great!”- Ahli Sejarah Byzantine

Usamah bin Zayd pula menjadi panglima perang seawal usia 19 tahun.

Seorang pemimpin perlukan ketokohan, kebijaksanaan, kestabilan emosi, kecerdasan minda, keyakinan diri yang tinggi, jati diri yang kuat, keperibadian yang unggul, akhlak yang baik , pertimbangan yang baik dan lain-lain lagi. Malah seorang pemimpin perlulah mendapat kepercayaan dan dapat mempengaruhi segolongan besar masyarakat. Sewaktu remaja, siapa yang ada semua ini? Disiplin diri yang kurang. Jati diri yang terumbang-ambing. Memerintah empayar yang besar? jauh sekali. Dimana kita?.Kita hanya remaja yang sibuk dengan fesyen, trend terkini, rancangan-rancangan televisyen, carta lagu minggu ini, kasut futsal baru Nike dah keluar, keropok Twisties ada perisa baru, Torres dah berpindah ke Chelsea dan Naruto dah masuk episod 1001.


Lagi tentang kajian perkembangan manusia. Bilakah manusia akan mencapai tahap dapat mengeksploitasi diri sepenuhnya? Menurut Erik Erikson, mereka yang berjaya melepasi peringkat identity versus role confusion dan intimacy versus isolation akan berdepan dengan peringkat generativity versus stagnation. Mereka yang berjaya menghadapi peringkat ini akan menjadi soerang yang kreatif, produktif, pembina, dan memberi manfaat kepada keluarga, masyarakat, negara dan generasi akan datang. Bilakah ini berlaku? Ini berlaku hanya ketika sebelum manusia menghadapi peringkat terakhir kehidupan iaitu peringkat ego integrity versus despair. Pada waktu ini seseorang sama ada mencapai 'wisdom', 'spiritual tranquility', 'a sense of wholeness' dan 'acceptance of his or her life'. Orang berumur yang berjaya melepasi fasa ini akan berasa puas akan kehidupannya dan tidak takut menuggu mati. Sedihkan. Kenapa?

Bila kita akan capai semua ini? Bila kita dah sakit-sakit tulang belakang. Kita dah ada kencing manis. Bila dah ada sakit jantung. Sedangkan Sultan Muhammad Al-Fateh dan Usamah bin Zayd sudah mencapai tahap terakhir sewaktu remaja lagi. Sewaktu remaja sudah produktif, sudah berkhidmat dan memberi manfaat kepada masyarakat. Ramai lagi kehebatan remaja-remaja Islam yang lain. Mungkin kalau Erik mengkaji perkembangan manusia ketika zaman kegemilangan islam susunan dan peringkat umur akan berbeza. Malah sewaktu kecil lagi kanak-kanak Islam sudah mendapat ketenangan rohani. Boleh baca cerita-cerita kanak-kanak di zaman Rasulullah s.a.w dan sahabat.


Peringkat menghadapi kematian.


Teori Elisabeth Kubler-Ross yang dipersoalkan sesetengah pihak, menyatakan manusia melalui 5 tindak balas ketika menunggu saat-saat kematian. Denial, seseorang tidak mahu menerima kenyataan yang dia akan berhadapan mati. Anger, sangat geram dengan hakikat dia perlu mati dan perasaan lemah dan tidak berupaya untuk mengubah keadaan. Bargaining, seseorang akan cuba membuat perjanjian dengan doktor ataupun tuhan. Depression, kesedihan daripada kehilangan dunia(e.g.,hilang kerja atau martabat) dan perkara yang akan datang(e.g., tidak berpeluang melihat anak membesar) dan akhir sekali acceptance, menerima mati sesuatu yang tidak boleh dielak dan tidak boleh lari dan akhirnya hanya menuggu saat-saat kematian tiba. Sedihkan.


Inilah yang berlaku dan mungkin akan berlaku kepada kita nanti. Menunggu mati dalam keadaan menyesal dan marah kerana kita tahu kita tak boleh mengubah dan lari daripada mati. Kita hanya boleh menunggu mati datang menjemput dengan diam. Namun islam selalu mengajar kita bersedia menghadapi mati. Sekarang kita tak sedar, tapi nanti bila tiba saatnya barulah kita bersyukur pada Allah. "Ya Allah, aku bersyukur aku hidup sebagaimana kehendakMu selama ini, aku bersyukur kerana aku sudah lama bersedia menghadapi saat ini".


Saya cuma ingin berkongsi. Sedar tidak sedar,rupa-rupa semua itu perihal diri sendiri. Astaghfirullah.Sayalah remaja yang dimaksudkan tidak produktif itu. Sayalah yang melalui laluan-lauan biasa perkembangan manusia yang dinyatakan pengkaji-pengkaji barat itu. Jika ini berterusan, sayalah yang akan menghadapi mati dalam keadaan yang dinyatakan Elisabeth Kubler-Ross.Saya ingin perjuangan.Saya perlukan rakan seperjuangan. Saya sangat lemah, sangat lemah apatah lagi kerdil di sisi Allah.

Benar kata-kata Dr. Danial Zainal Abidin dalam slot Halaqah TV9 1/2/2011 “Kita tidak lagi melahirkan generasi Al-Fateh.Yang ramai kini adalah Al-Patah.Patah semangat,patah emosi,patah segala-galanya”.Sahabat-sahabat sekalian, pastikan diri kita berwawasan dan wawasan kita tidak lain dan tidak bukan; Al-Quran.InsyaALLAH


penapemuda - anak muda pencorak masa depan bangsa dan negara!